Monday, May 9, 2011

~~ rama-rama ~~

Salam 1 Malaysia kepada semuaaaaa...

hehehehehe....aku nk mulakan entry aku hari ini dengan sesuatu yang aku rasakan perlu aku kongsikan bersama..

ianya tentang hati dan perasaan..(cewaaaahhh...hehehe)...

memang, sebagai manusia kita xpenah lari dari situasi mencintai dan dicintai..

Justeru, rasa yang indah itu pasti akan lebih bermakna jika antara kita saling menghormati dan menyayangi...

jangan pernah wujudkan jurang perbezaan dalam satu-satu hubungan ... dan jgn kecewa sekiranya berakhirnya sesuatu hubungan itu kerana .. kita hanyalah boneka di pentas dunia ini....

Segala yang terjadi.... pasti ada hikmah dan kemanisannya yang tersendiri..... 


....


....


....
jadi sekarang...


....



.....

....
layannn....heheehe



~~rencah haTi~~

~~selepas sibuk berkejar dengan tugasan harian, aku sempat jugak la minum dekat satu kopitiam yang agak popular di bandar Batu Pahat ni...


sambil melihat ragam orang ramai yang lalu lalang (maklumla hari minggu), aku terpandang seorang plelaki yang berpakaian compang camping menghampiri meja pelanggan di kopitiam (selang dua tiga meja dari aku rasenye..)...


seperti pemandangan biasa...


lelaki itu menunjukkan isyarat untuk meminta wang dari pelanggan di situ...namun ada juga yang tidak mengendahkannya...


ok...sekarang aku bukan nk cerita pasal die mengemis ke ape..


yang menarik perhatian aku...


setiap kali die menerima sumbangan dari orang ramai, dia pasti akan menadah tangan dan mulutnya berkumat kamit seolah-olah membaca sesuatu (doa barang kali..)


terus hati aku tersentuh...kalau insan yang kurg berkemampuan dan mungkin dipandang jijik itu mampu menadah tangan sekaligus mensyukuri nikmat yang diterima.....kenapa kita, manusia yang lebih baik sifat dan keadaannya kadang kala agak payah untuk melontarkan ungkapan terima kasih, apatah lagi mengucapkan 'Alhamdulilah'...


ermm..... benarlah..pedoman itu ditunjukkan dimana-mana...hanya terpulang kepada insan untuk menilai sesuatu perkara itu dengan sewajarnya....


"sampaikanlah kebaikan walaupun hanya satu ayat"

Sunday, May 8, 2011

~~Sonto..sonto..sonto..~~~


~~~entry kali ni lebih berkisar tentang maksud yang tersirat berbanding yang tersurat...

mesti bile tengok gambar kat atas tu otomatik teringat betapa nakalnya usop dan rakan-rakannya dalam menjalani kehidupan mereka seharian...

main rakit, berkhemah dalam hutan, kenakalan di sekolah, semuanya dipaparkan dalam animasi ini..

jom kite tengok, benda2 penting di sebalik kartun yang menjadi kegilaan warga kita terutamanya pada lewat 90-an..

- Usop mempunyai rakan-rakan baik yang sering bersamanya..tidak kira susah ataupun senang seperti Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh.

- Bagaimana Usop Sontorian mendapat namanya? hehehehehe....segalanya diilhamkan dari sebuah desa dinamakan Kampung Parit Sonto, sebuah perkampungan yang terletak tidak jauh dari pekan Ayer Hitam, Johor...

-lagi? apa yang menariknya pasal kartun nie? cam same je...tipikal kartun melayu..

hehehehe....jelas sangkaan itu salah,..

kalo diperhatikan betul-betul, rakan-rakan usop itu sendiri terdiri daripada pelbagai golongan bangsa dan agama...

Malah Singh, salah seorang daripada rakannya itu sebenarnya sudah berusia dan merupakan kawan karib abg usop itu sendiri, Abang Budin......

sekaligus membuktikan, kartun atau animasi itu bukan hanya untuk penggeletek semata-mata.Namun ianya lebih kepada konsep perpaduan yang cuba ditonjolkan selain pergaulan yang tidak terbatas di kalangan masyarakat...

Igt kuih apa yang selalu dibuat oleh mak usop? hehehee.....ermm....kuih itu kemudiannya diberikan kepada jiran yang lain.... konsep sama rasa....

serius, rindu suasana sebegitu...kenangan mandi sungai... masuk hutan..hehehhe....

lagi satu, Usop...usop.....die xpenah lekang dengan ayam kesayangan, yang feymes..... Selebet....hehehehee....

layannnn.....hehehehehe


lagi satu..wira animasi Johor..


Kluang Man...heheheeh





Haaaa....nie sesuai buat crime buster..ps; untuk mereleasekan otak..jgn serabut-serabut...hehehehe..sebabnyeeeeeeeeee..........

gadis dlm animasi nie merupakan seorang reporter (crime buster la lebih kurang..hehehe)..

layan video nie sambil nyanyi sama2 k...heheheehehe

gelagatnya mcm minat kt Borhan (Kluang Man) dan namanya Khaty Ismail, merupakan wartawan akhbar Metropolitan Tumpoi....


~~~Wira yang tak didendang~~~

Salam 1 Malaysia...

mungkin ramai anak-anak muda kini tidak mengenali jejak segak di atas...

ya, mungkin mereka yang terbabit secara langsung lebih mengenalinya terutamanya membabitkan anggota dan pegawai beruniform...

sebagai info, pemilik foto di atas merupakan Ketua Polis Negara pertama negara kita iaitu Tan Sri Claude Harry Fenner, yang juga merupakan Pesuruhjaya British yang terakhir di Persekutuan Tanah Melayu sebelum Malaysia mengecap kemerdekaan.

Dilahirkan pada 16 Januari, 1916 di London, Tan Sri Claude Harry Fenner menerima pendidikan awal di St. Joseph’s College, Naini Jal, India ketika berusia 12 tahun.

Pembabitannya dalam perkhidmatan polis bermula pada 17 Januari, 1936 ketika berumur 20 tahun.

Malah beliau memegang jawatan awal di Straits Settlements and Federated Malays States Police sebagai Kadet Penolong Penguasa Polis.

credit bagi perkongsian maklumat : wikipedia dan facebook rasmi PDRM

~~SelaMat Hari Ibu~~



~~semua orang sibuk bertanyakan bilakah hari ibu?
ermm..nk explen pun susah gak..tp dari beberapa sumber yang dikenal pasti boleh diterima pakai, sambutan Hari Ibu jatuh pada hari Ahad minggu pertama bulan Mei setiap tahun..

So, ianya disambut berbeza tarikh dengan negara-negara lain.. (perbezaan waktu..yesszaaa..hehehe)

So, hari ini, seluruh negara aka meraikan hari ibu bersama ibu tercinta masing-masing....
ada yang membawa bonda kesayangan mereka ke hotel-hotel (banyak promosi skang ni)...ada yg blanje KFC, ada yg belikan kek dan hadiah...namun, apa yg lebih penting, hati ibu sebenarnya langsung tidak mengendahkan segala keindahan corak kek, hadiah atau kesedapan masakan hotel..

KENAPE???? WHYYYY??

sebab....
hanya satu perkara je yg mampu buatkan ibu tersenyum dan adakalanya mampu menitiskan airmatanya....

Ucapan terima kasih dari anak kesayangannya... :) ..isk....sentap dah nie..isk..:'(

Namun, ada juga yang mempertikaikan sambutan seumpama ini...

benar, setiap hari adalah hari untuk ibu..namun, apa salah jika dilihat dari sudut positif dimana, hari ini, Ahad, 08 mei 2011, menjadi hari untuk ibu beristirehat dan menenangkan fikirannya dari segala bebanan kerja rumah yang dilakukannya....selain meraikannya....

malah, senyuman yang terukir dari bibir ibu, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata..betapa indahnya... :)

Justeru, sayangilah ibu anda, selagi nafasnya masih ada...
Doakanlah, semoga dirinya sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa...

Sesungguhnya...kasih ibu membawa ke syurga....kerna Syurga di bawah tapak kakinya..


SELAMAT HARI IBU BUAT SELURUH IBU-IBU DI MALAYSIA.....


TERIMA KASIH ATAS SEGALA JASA DAN PENGORBANANMU SELAMA INI...~~~

Saturday, May 7, 2011

RANAP SEKELIP MATA




~~deretan rumah kedai di Senggarang, hangus, musnah segalanya dalam sekelip mata...
malah struktur bangunan yang 90% dibina menggunakan kayu itu antara faktor utama proses pembakaran terbabit berlaku dengan pantas.

kira-kira jam 3 petang kelmarin..

menurut salah seorang mangsa, kebakaran itu memusnahkan deretan kedai terbabit dalam masa hanya 10 minit....

Malah dirinya juga tidak sempat menyelamatkan barangan berharga miliknya yang lain...

Selain rumah kedai terbabit, sebuah kereta jenis Perodua Kancil dan dua unit motosikal yang diletakkan berhampiran kawasan itu turut mengalami kerosakan...

kira-kira 40 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian membabitkan balai bomba Rengit, Jln MOhd Khalid dan Jln Timah Sari.

Bagaimanapun, tiada nyawa yang dilaporkan terkorban....


Thursday, May 5, 2011

Jangan Bersedih Wahai Sang Hati



aku suka bila aku sakit..
sebab masa tu aku tau..
aku ada buat silap...
aku suka bile aku dimarahi..
sebab masa tu aku tau...
aku bukan seorang yg sempurna....
aku suka bile dihimpit masalah...
sebab masa tu aku tau...
aku dlm ujian Yang Azali...
aku suka bile dalam kepayahan..
sebab masa tu aku tau...
Tuhan janjikan aku kesenangan...
aku suka bile dibenci....
sebab masa tu aku tau...
aku banyak kekurangan..
aku suka bile berseorangan...
sebab masa tu aku tau..
aku x layak dpt cinta dr sesiapa....
aku suke bile airmata ku tumpah...
sebab masa tu aku tau...
hidupku di dunia hanya untuk pinjaman...
aku suke bile berjauhan...
sebab masa tu aku tau...
kewujudan dan pengorbanan ku tiada siapa yg peduli....
aku suke bile aku da xde...
sebab masa tu aku tau...
pasti akan ada...
ayat suci Al-Quran dibacakan kepadaku...
Segala kesukaran yang dilalui....
aku jadikan kesenangan dalam hidupku...
panduan untuk meniti ranjau hidup..
yang tiada siapa yg tau...
Terima kasih, Allah untuk segala ujian dari-Mu...
Ku nantikan hanya kasih yg sejati,
darjat yang tinggi di sisimu..
dan..
hanya pada-MU...
aku berserah.....

~~~aku lupa~~~



kadang aku lupa
pada Pencipta
ku pulang pada-Nya
serahkan jiwa

kadang ku lupa
pada tercinta
ku sisipkan kejora
agar dia tertawa

kadang ku lupa
pada sahabat
ku berikan masa
bersama selamanya

kadang ku lupa
siapa diriku
ku lalui waktu
diamku tafakur

kadang ku lupa
saat susah ku
ku tutupkan mata
biar hadir dalam beradu

kadang ku lupa
kasihnya ibuku
biar ku sambut
agar meruntun hatiku

kadang ku lupa
jerihnya ayahku
ku pejamkan mataku
hingga mengusik kalbu..

kini ku sedar
siapa diriku
kekal hikayat dalam hikayat
biar abadi peneman alam

lalok...lalok...lalokkk..


~~~bukan orang tak tau yg dadah nie kalo digunakan secara salah, bukan je bole bawak mati sendiri...tp, kalo kantoi, sah2 kene hukum..

SILAP-SILAP KENE GANTUNG..


adessss...letih..letih...ari-ari, ade je kes pasal dadah nie..

naik bosan...kenapa la sikap nk cuba2 tu dorg xubah?
nape nk cube mende yg xelok? nape? padahal byk lagi mende lain yg bole buat, malah boleh buat duit lagi..tp jln tu jugak dorg amek,knape???

eemm..dunia..dunia....

pic: kes dadah di Kluang, Johor...credit to PDRM

Jenayah ala Robin Hood

~~~BATU PAHAT GEMPAR~~~

penduduk khususnya di sekitar Batu Pahat or bP (urban sket..heheehe) pasti menyedari 'kehadiran' dua helikopter polis di dataran baru-baru ini..
cerite awal yg didengar, ade kes jenayah..
bagaimanapun, hal itu dinafikan polis (percaya bagi tujuan tertentu es : keselamatan).
sebabnye, bandar ini kini dlm belenggu jenayah..berikutan 3 lagi suspek masih diburu pihak berkuasa selepas mereka sudah didetect melakukan kegiatan samun sekitar sini.

Awal2nye...geng2 nie ade 4 orang...
tapi sorg lagi da menemui ajal di hujung pistol lepas die nie (suspek) xdpt nk lari dan terkepung..

Jahat sgt...

Hope kes ini dpt diselesaikan, dan penduduk dapat hidup dgn aman...
FAKTA:-
1)kumpulan ni rompak gune senjata mcm parang, kerambit da
n sabit
2)target dorg rumah2 tepi hutan
3)adakalanya pakai topeng, adakalanya tidak..(nekad gilerr)

Friday, August 20, 2010

ondscene: Rempuh Treler-Kelindan Lori Bawa Babi Beku Maut.

ondscene: Rempuh Treler-Kelindan Lori Bawa Babi Beku Maut.: "KM 451-3 Lebuhraya Plus arah Selatan sebelum susur Hospital Sg Buloh Gombak, Selangor 20 Ogos, 2010 7 pagi Beribu-ribu pengguna Hway Plus d..."

Thursday, June 24, 2010

PORNO...PORNO..POrNO...



Bimbingan ibu bapa diperlukan bagi kanak-kanak di bawah lingkungan usia 12 tahun dan ke atas.

SaY No To PoRN!!!!!!!!!!


Cakera Video Digital (DVD) lucah yang didakwa dibintangi penyanyi popular Indonesia, Ariel Peter Pan pasangannya aktor dan pengacara, Lunamaya, dikesan mula dipasarkan sekitar Lembah Klang dengan harga RM15 setiap keping malah dipercayai laris bak 'pisang goreng panas'.



Dengan memaparkan visual artis berkenaan, DVD lucah terbabit dijual dengan menggunakan judul, 'Indonesian Sex Scandal' dan turut mengandungi beberapa klip lucah lain dan segalanya terbongkar dalam satu operasi khas Bahagian Kawalan Filem Kementerian Dalam Negeri (KDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Malah turut ditahan ketika operasi di Bandar Sri Damansara, dekat sini itu, seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang menggunakan modus operandi baru bagi mengelakkan kegiatan pengedaran DVD cetak rompak termasuk lucah itu gagal dikesan pihak berkuasa.



Saturday, April 10, 2010

Berani kerana Terdesak???

Mungkin nasib wanita warga emas yang nyaris menjadi mangsa ( bunuh etc) kumpulan peragut boleh di anggap baik..
Malah ketika kejadian, pembantu rumahnya yang turut berada di lokasi kejadian pula hanya terdiam, bersembunyi di dlaam kediaman bagi mengelakkan diapa-apakan.
Bagaimanapun, ironinya, benarkah peragut berkenaan terlalu berani bertindak sedemikian rupa atau kurang pengawasan dan unsur kesedaran dari mangsa itu sendiri??


Sebagai contoh, sejurus kejadian, mangsa hanya mendiamkan diri dan tidak melaporkan insiden terbabit sebaliknya selepas dinasihatkan pihak berkuasa, barulah laporan dibuat.
Malah, ketika ditanya mengapa tiada laporan dibuat sejurus selepas kejadian, mangsa hanya memberi alasan tidak mempunyai kenderaan untuk ke balai bagi tujuan itu.
Jelas, kesedaran (awareness) orang ramai perlu dititik beratkan lagi atau sememangnya masyarakat kita memandang enteng perkara seumpama itu??
Pihak berkuasa khususnya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) www.rmp.gov.com.my sudah mewartakan bahawa masyarakat perlu membantu mereka bagi menangani kegiatan jenayah sekaligus membantu mengurangkan kadar jenayah lokal.
Semoga insiden terbabit menjadi iktibar bagi orang ramai....

Friday, April 9, 2010

Fancy - menarik atau Nyawa Ditarik?

Bukan saja digunakan bagi mengaburi mata pihak berkuasa, malah penggunaan plet nombor pendaftaran 'fancy' dikesan turut digunakan bagi kegiatan jenayah terutamanya membabitkan kegiatan jenayah secara berkumpulan.
Selain menyusahkan pengguna kenderaan lain, penggunaan plet jenis itu juga menyebabkan nombor pendaftaran mereka tidak dapat dibaca selain dari jarak dekat dipercayai ini berniat buruk bagi melakukan kesalahan sama ada kesalahan trafik mahupun jenayah.
Malah ada nombor pendaftaran yang membahayakan pengguna jalan raya lain kerana nombor yang dipasang bagaikan cermin memantulkan cahaya kepada pemandu kenderaan yang berada di belakang hingga boleh menyebabkan kemalangan.
Jelas usaha Unit Kuat Kuasa Khas (U3K) Trafik Kuala Lumpur http://www.rmp.gov.my/ ·memberi kesedaran dan membanteras kegiatan samseng jalan raya mendapat sokongan padu dari orang awam termasuk pertubuhan motosikal di negara ini.
Ketua U3K Trafik Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Wahid menjelaskan orang awam boleh membantu pihak berkuasa terutamanya U3K menyalurkan maklumat secara terus kepada mereka.
“Masyarakat khususnya pengguna jalan raya dapat membantu menyalurkan maklumat kegiatan yang babitkan samseng jalan raya, lumba haram, kecurian kenderaan terus kepada Trafik Kuala Lumpur.
“Maklumat yang disalurkan kepada kami (U3K) terutamanya yang membabitkan aktiviti samseng jalanan dan jenayah lain mampu membantu kami menjalankan pemantauan dan siasatan,” katanya.

Thursday, April 8, 2010

Beijing

Pelbagai ragam dapat dirakam selama 4 hari berada di bumi Cheng Ho malah kedinginan yang menyelubungi kota penuh sejarah itu tidak digambarkan dengan kata-kata..


Kehidupan kota yang bermula seawal jam 6 pagi itu dapat merungkaikan dengan jelas kesibukan warga kotanya yang dilihat agak berdisiplin malah beberapa kondisi cara kehidupan mereka dilihat agak berbeza dari rakyat Malaysia.




Soal kesantunan? Mungkin itu yang perlu dipelajari mereka sebagai warga Asia yang kebiasaannya menghargai dan melayan tetamu dengan sopan berikutan ada segelintir di antara mereka dilihat agak kurang sopan dan berkelakuan kasar selain kesukaran berkomunikasi menjadi masalah bagi mereka yang tidak fasih berbahasa Mandarin.



Semalam dan Selamanya....


rempit or Remp-it?
Mungkin da jadi barah dalam kehidupan sosial masyarakat negara ni..
pelik? da macam2 usaha pihak berkuasa buat bagi mencegah hal2 camni, tp still masih lagi ade makhluk tuhan yang ingkar sume tu..
Nk kate xde pendidikan, sume bersekolah..at least, penah diajar pelajaran moral or sivik time kecik2 dulu..
So, persoalannya, ape yg dorg nie dpt bile cmpur ngan benda2 camnie? bile ditegur melenting..tp dorg nie sedar ke tak yang nyawa dorg mungkin melayang camtu jer sekiranya dibiarkan terus terjebak dalam kegiatan seumpama itu..
kepada semua mat motor, nyawa korg tue anugerah yang amat bernilai....ikut undang-undang, rasenyer xde masalah kot...ape yg dorg kejarkan pun xtau la..puas? rasenyer bile helmet da terbelah dua, baru dorg puas agaknya kot? dorg puas bile family dorg, mak bapak dorg menangis, meratap kehilangan dorg...kepada yang belum terjebak..nasihatilah kwn2 korg yang masih xnk tinggalkan benda2 camni...Peace!!

Bermula suatu ceritera....


Al-kisah segala ceritera yang berlaku dalam hidupku bakal dititipkan dalam lembar ini bagi memenuhi tuntutan naluri yang kian mendesak mendapatkan suatu kepastian...




Selain prospek dalaman hingga merangkumi segenap aspek bakal diwartakan dalam laman ini dan sedia dikongsi bersama reader lain bagi membincangkan sesuatu isu atau kisah yang mungkin dapat dikongsikan bersama..
Setiap perkara yang berlaku, kehidupan, pengalaman yang mungkin tidak dirasai individu lain akan direalisasikan dalam laman ini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...