Malah ketika kejadian, pembantu rumahnya yang turut berada di lokasi kejadian pula hanya terdiam, bersembunyi di dlaam kediaman bagi mengelakkan diapa-apakan.
Bagaimanapun, ironinya, benarkah peragut berkenaan terlalu berani bertindak sedemikian rupa atau kurang pengawasan dan unsur kesedaran dari mangsa itu sendiri??
Sebagai contoh, sejurus kejadian, mangsa hanya mendiamkan diri dan tidak melaporkan insiden terbabit sebaliknya selepas dinasihatkan pihak berkuasa, barulah laporan dibuat.
Malah, ketika ditanya mengapa tiada laporan dibuat sejurus selepas kejadian, mangsa hanya memberi alasan tidak mempunyai kenderaan untuk ke balai bagi tujuan itu.
Jelas, kesedaran (awareness) orang ramai perlu dititik beratkan lagi atau sememangnya masyarakat kita memandang enteng perkara seumpama itu??
Pihak berkuasa khususnya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) www.rmp.gov.com.my sudah mewartakan bahawa masyarakat perlu membantu mereka bagi menangani kegiatan jenayah sekaligus membantu mengurangkan kadar jenayah lokal.
Semoga insiden terbabit menjadi iktibar bagi orang ramai....