Friday, August 20, 2010

ondscene: Rempuh Treler-Kelindan Lori Bawa Babi Beku Maut.

ondscene: Rempuh Treler-Kelindan Lori Bawa Babi Beku Maut.: "KM 451-3 Lebuhraya Plus arah Selatan sebelum susur Hospital Sg Buloh Gombak, Selangor 20 Ogos, 2010 7 pagi Beribu-ribu pengguna Hway Plus d..."

Thursday, June 24, 2010

PORNO...PORNO..POrNO...



Bimbingan ibu bapa diperlukan bagi kanak-kanak di bawah lingkungan usia 12 tahun dan ke atas.

SaY No To PoRN!!!!!!!!!!


Cakera Video Digital (DVD) lucah yang didakwa dibintangi penyanyi popular Indonesia, Ariel Peter Pan pasangannya aktor dan pengacara, Lunamaya, dikesan mula dipasarkan sekitar Lembah Klang dengan harga RM15 setiap keping malah dipercayai laris bak 'pisang goreng panas'.



Dengan memaparkan visual artis berkenaan, DVD lucah terbabit dijual dengan menggunakan judul, 'Indonesian Sex Scandal' dan turut mengandungi beberapa klip lucah lain dan segalanya terbongkar dalam satu operasi khas Bahagian Kawalan Filem Kementerian Dalam Negeri (KDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Malah turut ditahan ketika operasi di Bandar Sri Damansara, dekat sini itu, seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang menggunakan modus operandi baru bagi mengelakkan kegiatan pengedaran DVD cetak rompak termasuk lucah itu gagal dikesan pihak berkuasa.



Saturday, April 10, 2010

Berani kerana Terdesak???

Mungkin nasib wanita warga emas yang nyaris menjadi mangsa ( bunuh etc) kumpulan peragut boleh di anggap baik..
Malah ketika kejadian, pembantu rumahnya yang turut berada di lokasi kejadian pula hanya terdiam, bersembunyi di dlaam kediaman bagi mengelakkan diapa-apakan.
Bagaimanapun, ironinya, benarkah peragut berkenaan terlalu berani bertindak sedemikian rupa atau kurang pengawasan dan unsur kesedaran dari mangsa itu sendiri??


Sebagai contoh, sejurus kejadian, mangsa hanya mendiamkan diri dan tidak melaporkan insiden terbabit sebaliknya selepas dinasihatkan pihak berkuasa, barulah laporan dibuat.
Malah, ketika ditanya mengapa tiada laporan dibuat sejurus selepas kejadian, mangsa hanya memberi alasan tidak mempunyai kenderaan untuk ke balai bagi tujuan itu.
Jelas, kesedaran (awareness) orang ramai perlu dititik beratkan lagi atau sememangnya masyarakat kita memandang enteng perkara seumpama itu??
Pihak berkuasa khususnya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) www.rmp.gov.com.my sudah mewartakan bahawa masyarakat perlu membantu mereka bagi menangani kegiatan jenayah sekaligus membantu mengurangkan kadar jenayah lokal.
Semoga insiden terbabit menjadi iktibar bagi orang ramai....

Friday, April 9, 2010

Fancy - menarik atau Nyawa Ditarik?

Bukan saja digunakan bagi mengaburi mata pihak berkuasa, malah penggunaan plet nombor pendaftaran 'fancy' dikesan turut digunakan bagi kegiatan jenayah terutamanya membabitkan kegiatan jenayah secara berkumpulan.
Selain menyusahkan pengguna kenderaan lain, penggunaan plet jenis itu juga menyebabkan nombor pendaftaran mereka tidak dapat dibaca selain dari jarak dekat dipercayai ini berniat buruk bagi melakukan kesalahan sama ada kesalahan trafik mahupun jenayah.
Malah ada nombor pendaftaran yang membahayakan pengguna jalan raya lain kerana nombor yang dipasang bagaikan cermin memantulkan cahaya kepada pemandu kenderaan yang berada di belakang hingga boleh menyebabkan kemalangan.
Jelas usaha Unit Kuat Kuasa Khas (U3K) Trafik Kuala Lumpur http://www.rmp.gov.my/ ·memberi kesedaran dan membanteras kegiatan samseng jalan raya mendapat sokongan padu dari orang awam termasuk pertubuhan motosikal di negara ini.
Ketua U3K Trafik Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Wahid menjelaskan orang awam boleh membantu pihak berkuasa terutamanya U3K menyalurkan maklumat secara terus kepada mereka.
“Masyarakat khususnya pengguna jalan raya dapat membantu menyalurkan maklumat kegiatan yang babitkan samseng jalan raya, lumba haram, kecurian kenderaan terus kepada Trafik Kuala Lumpur.
“Maklumat yang disalurkan kepada kami (U3K) terutamanya yang membabitkan aktiviti samseng jalanan dan jenayah lain mampu membantu kami menjalankan pemantauan dan siasatan,” katanya.

Thursday, April 8, 2010

Beijing

Pelbagai ragam dapat dirakam selama 4 hari berada di bumi Cheng Ho malah kedinginan yang menyelubungi kota penuh sejarah itu tidak digambarkan dengan kata-kata..


Kehidupan kota yang bermula seawal jam 6 pagi itu dapat merungkaikan dengan jelas kesibukan warga kotanya yang dilihat agak berdisiplin malah beberapa kondisi cara kehidupan mereka dilihat agak berbeza dari rakyat Malaysia.




Soal kesantunan? Mungkin itu yang perlu dipelajari mereka sebagai warga Asia yang kebiasaannya menghargai dan melayan tetamu dengan sopan berikutan ada segelintir di antara mereka dilihat agak kurang sopan dan berkelakuan kasar selain kesukaran berkomunikasi menjadi masalah bagi mereka yang tidak fasih berbahasa Mandarin.



Semalam dan Selamanya....


rempit or Remp-it?
Mungkin da jadi barah dalam kehidupan sosial masyarakat negara ni..
pelik? da macam2 usaha pihak berkuasa buat bagi mencegah hal2 camni, tp still masih lagi ade makhluk tuhan yang ingkar sume tu..
Nk kate xde pendidikan, sume bersekolah..at least, penah diajar pelajaran moral or sivik time kecik2 dulu..
So, persoalannya, ape yg dorg nie dpt bile cmpur ngan benda2 camnie? bile ditegur melenting..tp dorg nie sedar ke tak yang nyawa dorg mungkin melayang camtu jer sekiranya dibiarkan terus terjebak dalam kegiatan seumpama itu..
kepada semua mat motor, nyawa korg tue anugerah yang amat bernilai....ikut undang-undang, rasenyer xde masalah kot...ape yg dorg kejarkan pun xtau la..puas? rasenyer bile helmet da terbelah dua, baru dorg puas agaknya kot? dorg puas bile family dorg, mak bapak dorg menangis, meratap kehilangan dorg...kepada yang belum terjebak..nasihatilah kwn2 korg yang masih xnk tinggalkan benda2 camni...Peace!!

Bermula suatu ceritera....


Al-kisah segala ceritera yang berlaku dalam hidupku bakal dititipkan dalam lembar ini bagi memenuhi tuntutan naluri yang kian mendesak mendapatkan suatu kepastian...




Selain prospek dalaman hingga merangkumi segenap aspek bakal diwartakan dalam laman ini dan sedia dikongsi bersama reader lain bagi membincangkan sesuatu isu atau kisah yang mungkin dapat dikongsikan bersama..
Setiap perkara yang berlaku, kehidupan, pengalaman yang mungkin tidak dirasai individu lain akan direalisasikan dalam laman ini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...